22 December 2010

Awesome dude......
http://whatberry.com.my/

21 February 2010

Apan buat hal..:D

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


"Binawe!"




MUG la Apan..MUG.. bukan MAK!!, pronunciation macam jahanam!







Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

Moral: Biar salah menyebut asal jangan salah mendengar...tapi kalu boleh jangan sampai dua2 yang salah..boghok ooo padahnya...hahaha


@copyright reserved
sumber: copied & edited from email

20 February 2010

Kisah Ayam Goreng

Satu hari kami sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandaraya KL. Ramai orang berada di dalam restoran itu. Ketika itu anak-anak saya masih kecil, 2 hingga 8 tahun. Setelah kami lapan orang duduk di meja, datanglah ‘waiter’ untuk mengambil ‘order’ makanan dan minuman. Kami terus memesan minuman terlebih dahulu. Kemudian ‘waiter’ itu mengambil ‘order’ makanan pula.

Waiter: Makan apa encik?

Saya: Bagi saya nasi beriyani dan lauk daging.

Isteri: Saya pun nak yang sama.

Waiter: Ha, adik-adik ni nak apa?

Anak 1: Nak ayam goreng, dada.

Anak 2: Nak ayam goreng jugak, tapi paha.

Anak 4: Apa-apa pun boleh, badan ke, kepak ke (asalkan ayam).

Anak 5 dan Anak 6 tak banyak songel (ragam atau cerewet). Pesan makanan dan minuman lazat sahaja ok … jadi. Tiba-tiba anak kami yang ke-3 (berusia 5 atau 6 tahun ketika itu) bersuara.

Anak 3: Bang saya belum minta lagi.

Waiter: Ha, adik nak makan apa?

Anak 3: Ada makan apa bang?
 ‘Waiter’ itu pun dengan sabarnya mengulang balik menu yang ada … kemudian dia berkata …

Waiter: Abang, kakak dan adik-adik tadi dah minta macam-macam ayam … paha ayam goreng, kepak ayam goreng, dada ayam goreng dan lain-lain. Sekarang adik ni nak ayam apa atau yang mana?

‘Waiter’ meminta kepastian anak ke-3 kami. Setelah seketika, terdengarlah jawapan daripada anak ke-3 kami itu.

Anak 3: Ayam jantan ada tak bang!


Semua yang terdengar jawapan tadi terus ketawa termasuk si ‘waiter’ yang malang itu!


(Kata-kata yang benar-benar ikhlas dan terucap secara jujur dan spontan tanpa sebarang niat jahat tidak akan menyebabkan penuturnya dimarahi orang. Sebaliknya kata-kata itu disenangi dan kini menjadi kenangan kami sekeluarga sebagai bahan usikan yang berpanjangan.)

@copyright reserved
sumber: copied & edited from email

Superman Returns

Aku datang dari keluarga yg besar..16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...

oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ń—utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu & garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!

Oh.. Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat... Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)



Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..



Semuanya dari Allah!!! He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat).



@copyright reserved
sumber: copied & edited from email

Akibat Terlalu Gabra...

Tak yahlah cerita lokasi kat mana kan..

tapi ada la satu famili nih... famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu... kira baru menikah la nih... satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah mertua ni pun lalu la depan dia.

tiba2 ayah mertuanyer rebah... jatuh kat depan dia sambil dok pegang dada.. kelam kabut dia.. gabra tak hengat punyer... pastu bini ngan mak mertua dia pun datang terkam.. ayah mertua dia pengsan..tak sedar.. pastu macam sedar tk sedar.. mak mentua dia pun apa lagi... suruhlah dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia yg tgh ribakan. apa lagi makin bertambahlah gabra kawan tuh... pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu... mak dia suruh lagi...dh gabra sgt, dia pun buat..

dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap... "MA ROBBUKA...."
""terkejut bini n mak mertua dia..
tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"
"sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..

sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..kekeke.. apa punya toot la hang nih...

@copyright reserved
sumber: facebook of meor salimi