20 February 2010

Kisah Ayam Goreng

Satu hari kami sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandaraya KL. Ramai orang berada di dalam restoran itu. Ketika itu anak-anak saya masih kecil, 2 hingga 8 tahun. Setelah kami lapan orang duduk di meja, datanglah ‘waiter’ untuk mengambil ‘order’ makanan dan minuman. Kami terus memesan minuman terlebih dahulu. Kemudian ‘waiter’ itu mengambil ‘order’ makanan pula.

Waiter: Makan apa encik?

Saya: Bagi saya nasi beriyani dan lauk daging.

Isteri: Saya pun nak yang sama.

Waiter: Ha, adik-adik ni nak apa?

Anak 1: Nak ayam goreng, dada.

Anak 2: Nak ayam goreng jugak, tapi paha.

Anak 4: Apa-apa pun boleh, badan ke, kepak ke (asalkan ayam).

Anak 5 dan Anak 6 tak banyak songel (ragam atau cerewet). Pesan makanan dan minuman lazat sahaja ok … jadi. Tiba-tiba anak kami yang ke-3 (berusia 5 atau 6 tahun ketika itu) bersuara.

Anak 3: Bang saya belum minta lagi.

Waiter: Ha, adik nak makan apa?

Anak 3: Ada makan apa bang?
 ‘Waiter’ itu pun dengan sabarnya mengulang balik menu yang ada … kemudian dia berkata …

Waiter: Abang, kakak dan adik-adik tadi dah minta macam-macam ayam … paha ayam goreng, kepak ayam goreng, dada ayam goreng dan lain-lain. Sekarang adik ni nak ayam apa atau yang mana?

‘Waiter’ meminta kepastian anak ke-3 kami. Setelah seketika, terdengarlah jawapan daripada anak ke-3 kami itu.

Anak 3: Ayam jantan ada tak bang!


Semua yang terdengar jawapan tadi terus ketawa termasuk si ‘waiter’ yang malang itu!


(Kata-kata yang benar-benar ikhlas dan terucap secara jujur dan spontan tanpa sebarang niat jahat tidak akan menyebabkan penuturnya dimarahi orang. Sebaliknya kata-kata itu disenangi dan kini menjadi kenangan kami sekeluarga sebagai bahan usikan yang berpanjangan.)

@copyright reserved
sumber: copied & edited from email

No comments:

Post a Comment